cyberkids di sek.keb pendang,kedah

Sekolah Men.Keb Sg.Tiang

4/26/09


Bengkel komputer di sekolah menengah kebangsaan sungai tiang pada 19-23.4.2009 yang diadakan di dalam makmal ICT sekolah menengah kebangsaan sg.tiang.pelajar yang terlibat dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5,setiap 1 kelas selama i jam dan sekolah ini terdapat 2 sesi
iaitu pagi tingkatan 3-5 dan sesi petang tingkatan 1-2.









































seramai 10 orang penyelia dari kedah telah terlibat sepanjang program di sekolah menengah tersebut.PPIK yang terlibat ppik felda sg.tiang,ppik keda lahar tunjung,ppik paya kerchut,ppik pekan pendang.ppik hujung bandar,ppik padang baling,ppik gajah putih,ppik teloi kanan,ppik beris jaya dan ppik kepala bukit.boleh dikatakan semua penyelia ppik kedah terlibat dalam program ini.

Dengan terjasama guru-guru dan pelajar prorgam ini dapat di tamatkan dengan jayanya.
terima kasih kepada pihak sekolah dan penyelia-penyelia ppik yang terlibat,jasa kalian amat dihargai.








SEJARAH PENDANG

4/8/09


Nama ‘Pendang’ dikatakan berasal daripada nama ‘Pendiat’ yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah.Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang.Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat bernama Kampung Gajah Mati.
Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ ( Bunga Emas ) ke Negeri Siam.Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 1 Februari 1975 dan disempadani oleh Daerah Kota Setar di bahagian Utara, Daerah Yan di Barat, Daerah Padang Terap dan Sik di sebelah Timur dan Daerah Kuala Muda di bahagian selatan. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada lapan mukim iaitu Mukim Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim Rambai, Mukim Bukit Raya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh.
Sebanyak 27,639 hektar tanah di Daerah Pendang digunakan untuk tanaman getah manakala 18,462 hektar tanah digunakan untuk tanaman padi. Antara tanaman yang semakin pesat diusahakan di Daerah Pendang ialah rambutan, durian, cempedak, mangga, dokong, limau bali, nangka dan manggis. Sektor perniagaan yang terdapat di Daerah Pendang dibahagikan kepada dua kategori iaitu perniagaan formal (barang runcit dan perkhidmatan) dan perniagaan tidak formal (gerai dan penjaja). Aktiviti perniagaan di Daerah Pendang tertumpu pada kawasan penempatan utama seperti Pekan Pendang, Tanah Merah, Tokai, Kubur Panjang, Bukit Jenun, Kilang Kechik, Kokbah dan Kampung Baru.

AKTIVITI