cyberkids di sek.keb pendang,kedah

SEJARAH FELDA SG.TIANG

9/23/09

FELDA Sungai Tiang adalah sebuah tanah rancangan yang telah dibuka bermula tahun 1959. Sebelum merdeka, kawasan tanah FELDA Sungai Tiang menjadi sebuah tempat persembunyian komunis. Komunis yang bersembunyi di tempat yang diberi nama Bukit Rimau itu kemudian hilang setelah tanah rancangan di buka di kawasan mereka.

Peneroka FELDA Sungai Tiang yang kebanyakannya berasal dari Kedah ini dipilih dari keluarga yang benar-benar daif pada ketika itu. Setiap sebuah keluarga akan menerima tiga hektar tanah untuk menanam getah, suku ekar tanah untuk membina rumah serta dua ekar tanah untuk dusun buah-buahan. Setelah tanah dibahagi-bahagikan kepada peneroka, mereka akan menebang dan menebas kawasan hutan untuk dibuat penempatan. Kayu hutan yang ditebang digunakan untuk dibina rumah secara bergotong-royong sesama peneroka FELDA.

Lain pula ceritanya dengan sejarah yang mengaitkan nama Sungai Tiang. Sungai Tiang satu ketika dahulu mempunyai sebuah sungai yang besar dan luas. Pada ketika itu, pengangkutan utama masyarakat kampung ialah menaiki sampan dan juga perahu. Malah, hasil perkayuan seperti pokok-pokok balak turut menjadikan sungai sebagai pengangkutan untuk dihantar ke negeri-negeri lain. Batang-batang kayu seperti pokok balak, cengal dan meranti dipanggil tiang oleh penduduk Negeri Kedah. Maka, tiang ini sentiasa terapung dan melalui sungai yang berada di perkampungan tersebut. Dek kerana terlalu banyak kayu balak yang terapung di dalam sungai, maka akhirnya kampung tersebut digelar Sungai Tiang.

peranginan bukit perak

8/17/09

Air terjun bukit perak mengambil masa lebih kurang dalam 20 minit perjalanan dari Felda Sungai Tiang ke air terjun tersebut....perbagai kemudahan disediakan seperti tandas,tempat letak kereta yang luas dan perbagai makanan ringan dijual.selalu juga perkhemahan diadakan dekat bukit perak.





































Datang la ke bukit perak jalan felda sungai tiang....sekarang ni dah cantik
anda semua akan puas hati punya....

Kursus Anjuran KEDA.

8/11/09

kursus membuat kek Anjuran KEDA pada 31/07/09- 1/08/09 bertempat di dewan orang ramai felda sungai tiang.Tenaga pengajar yang dijemput ialah cikgu kalsom binti hashim dari kulim kedah....peserta-peserta terdiri daripada remaja dan ibu-ibu selama 2 hari.









cara-cara nak letakkan ising.














tgok ja senang...tapi memang payah nak sapu ising...kelembutan tangan to amat penting.






















ni la hasilnya selama 2 hari kursus membuat kek...
cantik-cantik kan????
terima kasih pada KEDA dan Puan kalsom bt hashim.....

maxis cyberkids bersama komuniti.

8/9/09

Maxis Cyberkids berada di kedah selama 3 hari pada 4hb hingga 6 hb Ogos 2009( selasa - khamis) bertempat di sekolah kebangsaan pendang.sambutan amat mengalakkan terdiri daripada pelajar darjah 5,penyelia ppik kedah dan ahli kelab ppik pekan pendang.

Program ini adalah anjuran dari Maxis Cyberkids bersama komuniti bertujuan memberi pengetahuan tentang portal cyberkids yang disediakan didalam web cyberkids sendiri dan pelajar-pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan lebih tinggi lagi tentang portal masa kini dan ICT.


















OBJEKTIF


  • Merapatkan jurang digital di dalam komuniti

  • Memperbanyakkan kualiti kehidupan komuniti terutama komuniti luar bandar dengan menyediakan akses kepada pendidikan memeusi teknologi IT.

  • Memoerbaiki sataus taraf kehidupan komuniti dari segi sosio Ekonomi.

Sekolah Men.Keb Sg.Tiang

4/26/09


Bengkel komputer di sekolah menengah kebangsaan sungai tiang pada 19-23.4.2009 yang diadakan di dalam makmal ICT sekolah menengah kebangsaan sg.tiang.pelajar yang terlibat dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5,setiap 1 kelas selama i jam dan sekolah ini terdapat 2 sesi
iaitu pagi tingkatan 3-5 dan sesi petang tingkatan 1-2.









































seramai 10 orang penyelia dari kedah telah terlibat sepanjang program di sekolah menengah tersebut.PPIK yang terlibat ppik felda sg.tiang,ppik keda lahar tunjung,ppik paya kerchut,ppik pekan pendang.ppik hujung bandar,ppik padang baling,ppik gajah putih,ppik teloi kanan,ppik beris jaya dan ppik kepala bukit.boleh dikatakan semua penyelia ppik kedah terlibat dalam program ini.

Dengan terjasama guru-guru dan pelajar prorgam ini dapat di tamatkan dengan jayanya.
terima kasih kepada pihak sekolah dan penyelia-penyelia ppik yang terlibat,jasa kalian amat dihargai.








SEJARAH PENDANG

4/8/09


Nama ‘Pendang’ dikatakan berasal daripada nama ‘Pendiat’ yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah.Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang.Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat bernama Kampung Gajah Mati.
Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ ( Bunga Emas ) ke Negeri Siam.Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 1 Februari 1975 dan disempadani oleh Daerah Kota Setar di bahagian Utara, Daerah Yan di Barat, Daerah Padang Terap dan Sik di sebelah Timur dan Daerah Kuala Muda di bahagian selatan. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada lapan mukim iaitu Mukim Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim Rambai, Mukim Bukit Raya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh.
Sebanyak 27,639 hektar tanah di Daerah Pendang digunakan untuk tanaman getah manakala 18,462 hektar tanah digunakan untuk tanaman padi. Antara tanaman yang semakin pesat diusahakan di Daerah Pendang ialah rambutan, durian, cempedak, mangga, dokong, limau bali, nangka dan manggis. Sektor perniagaan yang terdapat di Daerah Pendang dibahagikan kepada dua kategori iaitu perniagaan formal (barang runcit dan perkhidmatan) dan perniagaan tidak formal (gerai dan penjaja). Aktiviti perniagaan di Daerah Pendang tertumpu pada kawasan penempatan utama seperti Pekan Pendang, Tanah Merah, Tokai, Kubur Panjang, Bukit Jenun, Kilang Kechik, Kokbah dan Kampung Baru.

PENGENALAN

3/7/09


PAKK adalah singkatan daripada Pusat Aktiviti Kanak-Kanak.

Ditubuhkan pada tahun 2004 yang terletak didalam banggunan JKKR,Perpustakaan Desa dan Pusat Perkhidmatan Ilmu komuniti(PPIK).

Program-program yang terdapat di PAKK adalah menulis cerita,merwarna, kelas tuasyen yang diadakan setiap hari jumaat dan lain-lain lagi.Terdapat 2 orang penyelia yang bertanggungjawab menjaga PAKK ini.

Penyelia:Puan Siti Safinar Binti Ismail.

P.Penyelia:Cik Junaindah Binti Omar.

PENGENALAN

2/23/09


Salam Sejahtera daripada saya Azmira bt azizan,Penyelia PPIK Felda Sungai Tiang.Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung ppik Sungai tiang menerusi laman web blogger Sungai tiang ini.PPIK ini di tubuhkan di felda sungai tiang,yang terletak di daerah Pendang dan 18 KM dari pekan pendang,kedah.PPIK ini beerti Pusat Perkhidmatan Ilmu & Komuniti yang diwujudkan di kampung-kampung terutamanya.Banyak manfaat yang diperolehi terutamanya penduduk felda dan kampung-kampung terdekat.Dengan adanya pusat sedemikian ,semua penduduk boleh belajar mengenal dunia ICT.Sijil juga akan dikeluarkan oleh kementerian tenaga air dan komunikasi(KTAK).
Kementerian Tenaga,Air dan Komunikasi (KTAK) Dibawah projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat(USP) Fasa Lima sebanyak 250 lokasi akan dibangunkan untuk meningkatkan pembangunan modal insan.Projek-projek ini akan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan disamping kemudahan -kemudahan fizikal.Pembinaan 250 PUSAT PERKHIDMATAN DAN ILMU KOMUNITI (PPIK) diseluruh negara bagi meningkatkan prasarana komunikasi teknologi(ICT) merangkumi komputer dan sambungan internet kepada penduduk luar bandar.Pembinaan PPIK berkenaan adalah kesinambungan daripada projek USP diseluruh negara bermula 2002,yang antara lain bertujuan MERAPATKAN JURANG DIGITAL ANTARA PENDUDUK BANDAR DAN LUAR BANDAR.Menerusi perlaksanaan projek USP Fasa satu hingga empat,sebanyak 1,089 lokasi luar Bandar merangkumi sekolah,perpustakaan desa dan klinik desa telah dilengkapi dengan kemudahan Komputer dan talian internet.
Di kedah,sebanyak 19 PPIK ditubuhkan,salah satunya di ppik Felda Sg.Tiang dan di dalam daerah pendang terdapat 7 ppik yang ditubuhkan.


Dewan Umno Bahagian Pendang

2/21/09


Pada 8,9@10 Jan 2009.kursus Asas Pengenalan komputer kepada semua setiausaha JKKKP daerah pendang di Dewan Umno Bahagian Pendang.sebanyak 12 sesi yang telah kami jalankan,sebanyak 40 buah laptop kami sediakan pada hari program tersebut.

Penyelia PPIK Felda Sg Tiang(mira),PPIK Lahar Tunjung(ema) dan PPIK Banggol Besi(roslaili)



video

7.1.20009 Keda Lahar Tunjung


Bermula pada pukul 8.30 malam,sebanyak 40 buah laptop pada malam tersebut disediakan. setelah semua persiapan dilakukan tiba-tiba hampir 1jam
elektrik terputus dan semua itu tak melunturkan semangat penduduk kampung.tiada seorang pun penduduk kampung yang balik sebaliknya menanti dengan penuh kesabaran.






Bengkel komputer

26.12.2008 di kampung paya mengkuang





AKTIVITI