cyberkids di sek.keb pendang,kedah

PENGENALAN

2/23/09


Salam Sejahtera daripada saya Azmira bt azizan,Penyelia PPIK Felda Sungai Tiang.Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung ppik Sungai tiang menerusi laman web blogger Sungai tiang ini.PPIK ini di tubuhkan di felda sungai tiang,yang terletak di daerah Pendang dan 18 KM dari pekan pendang,kedah.PPIK ini beerti Pusat Perkhidmatan Ilmu & Komuniti yang diwujudkan di kampung-kampung terutamanya.Banyak manfaat yang diperolehi terutamanya penduduk felda dan kampung-kampung terdekat.Dengan adanya pusat sedemikian ,semua penduduk boleh belajar mengenal dunia ICT.Sijil juga akan dikeluarkan oleh kementerian tenaga air dan komunikasi(KTAK).
Kementerian Tenaga,Air dan Komunikasi (KTAK) Dibawah projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat(USP) Fasa Lima sebanyak 250 lokasi akan dibangunkan untuk meningkatkan pembangunan modal insan.Projek-projek ini akan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan disamping kemudahan -kemudahan fizikal.Pembinaan 250 PUSAT PERKHIDMATAN DAN ILMU KOMUNITI (PPIK) diseluruh negara bagi meningkatkan prasarana komunikasi teknologi(ICT) merangkumi komputer dan sambungan internet kepada penduduk luar bandar.Pembinaan PPIK berkenaan adalah kesinambungan daripada projek USP diseluruh negara bermula 2002,yang antara lain bertujuan MERAPATKAN JURANG DIGITAL ANTARA PENDUDUK BANDAR DAN LUAR BANDAR.Menerusi perlaksanaan projek USP Fasa satu hingga empat,sebanyak 1,089 lokasi luar Bandar merangkumi sekolah,perpustakaan desa dan klinik desa telah dilengkapi dengan kemudahan Komputer dan talian internet.
Di kedah,sebanyak 19 PPIK ditubuhkan,salah satunya di ppik Felda Sg.Tiang dan di dalam daerah pendang terdapat 7 ppik yang ditubuhkan.


Dewan Umno Bahagian Pendang

2/21/09


Pada 8,9@10 Jan 2009.kursus Asas Pengenalan komputer kepada semua setiausaha JKKKP daerah pendang di Dewan Umno Bahagian Pendang.sebanyak 12 sesi yang telah kami jalankan,sebanyak 40 buah laptop kami sediakan pada hari program tersebut.

Penyelia PPIK Felda Sg Tiang(mira),PPIK Lahar Tunjung(ema) dan PPIK Banggol Besi(roslaili)



video

7.1.20009 Keda Lahar Tunjung


Bermula pada pukul 8.30 malam,sebanyak 40 buah laptop pada malam tersebut disediakan. setelah semua persiapan dilakukan tiba-tiba hampir 1jam
elektrik terputus dan semua itu tak melunturkan semangat penduduk kampung.tiada seorang pun penduduk kampung yang balik sebaliknya menanti dengan penuh kesabaran.






Bengkel komputer

26.12.2008 di kampung paya mengkuang





AKTIVITI